Taklimat Ringkas mengenai Jangkitan Covid-19

10 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan taklimat untuk JKK disampaikan oleh 2 pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu En. Felix Thompson dan Encik Aldrin Antau. Tujuan utama taklimat diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai jangkitan Covid-19. Antara perkongsian dari taklimat adalah berkaitan tentang simptom-simptom penyakit Covid-19 dan mengenai risiko jangkitan di tempat yang tertutup dan lembap. Disamping itu, pihak KKM juga menyediakan poster untuk ditampal di setiap blok kawasan. Setelah selesai sesi taklimat, pihak JKKK dikehendaki untuk memberitahu serta mengedarkan risalah berkaitan jangkitan Covid-19.

Taklimat ini telah diadakan di PIK Taman Sepakat Jaya dan telah berlangsung selama 1 jam. Seramai 5 ahli JKK yang juga merupakan ahli berdaftar PIK yang turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali