Kelas Microsoft Word dan Advokasi KDB

10 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan kelas Microsoft Word dan advokasi KDB. Tujuan utama kelas berkenaan diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kegunaan aplikasi Microsoft Word. Disamping itu, para pelajar juga mempelajari cara menggunakan papan kekunci yang betul. Setelah selesai sesi pembelajaran, para pelajar dikehendaki menaip ikrar Pengguna Internet yang bijak. Selain itu, kelas juga diteruskan dengan mempelajari nilai nilai Klik dengan bijak.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PIK Taman Sepakat Jaya dan telah berlangsung selama 1 jam. Seramai 5 orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PIk yang turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali