Aktiviti Kahoot (Kuiz : Penamatan Rangkaian 3G dan Asas ICT)

9 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Aktiviti Kahoot iaitu kuiz mengenai Penamatan Rangkaian 3G dan Asas ICT. Tujuan utama aktiviti berkenaan diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai Penamatan Rangkaian 3G. Penamatan Rangkaian 3G adalah salah satu tujuan yang diadakan melalui pelan JENDELA. Fokus utama penamatan ini adalah telefon bimbit 3G tidak dapat menggunakan perkhidmatan penghantaran pesanan ringkas serta perkhidmatan panggilan. Kuiz kahoot dijalankan selepas penerangan mengenai penamatan rangkaian 3G dan soalan kuiz merangkumi topik taklimat yang diberi serta asas ICT seperti bahagian komputer.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PIK Taman Sepakat Jaya dan telah berlangsung selama 1 jam. Seramai 5 orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PIk yang turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali