Kelas Asas Microsoft Word

16 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 15 Disember bersamaan hari selasa, Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Kelas Asas Microsoft word di bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh SKMM. Kelas tersebut diadakan pada pukul 10:00 pagi dan tamat pada pukul 11:00 pagi. Kelas tersebut telah diikuti oleh murid sekolah Sekolah pajar Sejingkat.

Seramai 4 orang murid-murid dari sekolah tersebut telah mengikuti kelas tersebut yang berumur 7 sehingga 11 tahun. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid sekolah tersebut dalam aplikasi Microsoft Word. Dengan mempelajari aplikasi tersebut, murid-murid tersebut telah mempelajari ilmu asas Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali