StreamYard: Maklumat Palsu (KDB)

30 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 29 November bersamaan hari Ahad, Pusat Internet Komuniti Taman Seapakat Jaya telah mengadakan Streamyard Live dengan menggunakan platform facebook live untuk Klik dengan Bijak yang bertajuk “Maklumat palsu”. Live stream diadakan pada pukul 10:00 pagi dan mendapat capaian penonton berjumlah 97 orang, dengan like sebanyak 3, 1 komen dan 4 share.

Tujuan Live tersebut adalah untuk mendedahkan kepada komuniti betapa pentingnya untuk kita tidak menyebarkan maklumat palsu ataupun yang kurang tepat kerana perkara tersebut boleh mendatangkan pelbagai masalah, lebih-lebih lagi pada musim virus Covid-19. Dengan adanya pendedahan tersebut, Pihak kami berharap agar komuniti lebih berhati-hati untuk menyebarkan maklumat mahupun mendapatkan maklumat yang tepat. Live tersebut diadakan selama 27 minit.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali