Kelas Asas Microsoft Excel

30 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 29 November bersamaan hari Ahad, Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel secara atas talian iaitu Streamyard Live dengan menggunakan platform Facebook live. Kelas atas talian ini diadakan pada pukul 3:00 petang dan sasaran peserta bagi kelas atas talian ini adalah para usahawan dan pelajar-pelajar yang ingin mempelajari asas Microsoft Excel.

Tujuan kelas atas talian ini adalah untuk mendedahkan kepada para peserta cara membuat dropdown list dan QR Code menggunakan Microsoft Excel. Kedua-dua tajuk ini berguna kepada para usahawan ataupun pelajar yang ingin menggunakan dropdown list dan QR Code untuk memudahkan lagi kegunaan harian mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali