Program D.I.Y tote bag Bulan Kebangsaan

30 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Program D.I.Y tote bag Bulan Kebangsaan telah diadakan pada 29 Ogos 2020 pada hari sabtu. Program ini diadakan bersempenaan untuk memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini. Tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat cintai Malaysia kepada lapisan golongan masyarakat di Taman Sepakat Jaya.

Program ini diadakan di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya dengan tenaga pembimbing seramai 2 orang iaitu pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet taman Sepakat Jaya. Bermula seawall jam 10:00 pagi dan berakhir pada pukul 1:00 petang. Program tersebut diikuti oleh 5 orang peserta. Para peserta disediakan dengan beg tote, cat fabric, dan air minuman. Semua tote beg yang dihasilkan oleh mereka menjadi kepunyaan mereka untuk dibawa balik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali