Kelas Keusahawanan Jahitan KEMAS

9 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Keusahawanan Jahitan KEMAS ini telah diadakan pada 8 Ogos 2019 di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Kelas tersebut dianjurkan oleh Pihak KEMAS dengan kerjasama Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Para peserta dibimbing oleh tenaga pengajar dari Pihak KEMAS yang berpengalaman iaitu Puan Zuraida. Fokus kelas jahitan kali ini adalah membuat beg dari seluar jeans yang terpakai. Sebanyak 10 buah beg telah dihasilkan oleh peserta dalam tempoh pembelajaran tersebut.

Kelas Keusahawanan Jahitan KEMAS ini telah diikuti oleh 7 peserta dari KEMAS yang berminat untuk mengikuti kelas tersebut. Kesemua peserta adalah wanita dalam lingkungan umur 30 tahun sehingga 55 tahun. Kelas yang bermula seawal jam 0800 tersebut telah berakhir pada pukul 1430

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali