Program Bandar Selamat
3 April 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Bandar Selamat telah berlangsung di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya pada 02 April 2019 dari pukul 0930 sehingga 1300. Program ini melibatkan komuniti yang berada di Taman Sepakat Jaya bagi membincangkan perihal keselamatan, sosio kemasyarakatan, dan juga menaiktarafkan Taman Sepakat Jaya ke arah penempatan yang selamat dari kes jenayah. Selain membincangkan dan bermuafakat dengan agenda mesyuarat, Program ini juga turut menjemput agensi-agensi yang terlibat untuk melihat sendiri keadaan di Taman Sepakat Jaya bagi memudahkan mereka untuk mengenalpasti isu yang perlu dibangkitkan masa mesyuarat.
Program tersebut melibatkan pelbagai pihak dan agensi iaitu Pihak DBKU, Kementerian Dalam Negeri, PLAN Malaysia, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Balai Polis Gita, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya, JKKK Taman Sepakat Jaya, KK Pine Villa serta Penghulu Kampung Sejingkat. Kesemua mereka dibawa untuk membuat lawatan teknikal dan memantau projek di kawasan Demak Laut. Program tersebut tamat pada pukul 1330.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: