Kelas Keusahawanan PKK (Biskut Raya)
23 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniKelas Keusahawanan PKK (Biskut Raya) telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 21 mei 2019 dan disambung keesokan harinya iaitu 22 Mei 2019 pada hari Rabu dimana hari tersebut merupakan Hari kebiasaan untuk Kelas PKK di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Kelas tersebut diadakan seawall jam 0800 dan berakhir jam 1400. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk membuat biskut Almond London untuk sajian pada hari raya disamping untuk menambah pengetahuan para suri rumah yang mengikuti kelas tersebut. Secara tidak langsungnya, para peserta juga boleh menjadikan biskut almond London yang diminati oleh orang ramai setibanya musim perayaan itu sebagai produk jualan mereka.
Kelas PKK Biskut Raya diikuti seramai 10 orang peserta dan mereka dibahagikan tugas untuk menghasilkan biskut almond London. Setiap tugasan yang diberikan oleh Cikgu Salmiah kepada kumpulan yang telah dibahagikan hendaklah dibuat dengan cepat dan cermat untuk mengelakkan pengambilan masa yang terlalu panjang. Selepas siapnya biskut almond London, para peserta membahagikan biskut tersebut ke dalam bekas balang untuk diagihkan sesama mereka. Setiap peserta dapat membawa balik sekurang-kurang 5 bekas balang sebagai biskut raya mereka. Kelas tamat pada pukul 1400.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: