Hari Terbuka PI Bako (Santai Bersama Komuniti)

18 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Hari terbuka PI Bako (Santai Bersama Komuniti) telah diadakan pada 17 Mei 2019 di Pusat Internet Kampung Bako. Program tersebut diadakan dari pukul 1500 sehingga ke program berbuka puasa bersama-sama. Program ini turut dibantu staff dari Pusat Internet Taman Sepakat Jaya, Pusat Internet Taman Malihah, dan Pusat Internet Taman Dahlia. Dari bermulanya program, ramai pengunjung yang berumur dalam lingkungan 7 tahun sehingga 34 tahun telah hadir bagi mengikuti program tersebut.

Program tersebut dimulai dengan Klik Dengan Bijak dimana kandungan program adalah untuk menyedarkan para pengunjung tentang kebaikan dan keburukan yang boleh didapati melalui penggunaan internet. Semua pengunjung didedahkan dengan Pishing, scamming, buli siber, sexting, penggunaan internet yang berlebihan, maklumat palsu dan juga SKMM. Seterusnya, program hari Terbuka PI Bako diteruskan dengan aktiviti sampingan iaitu video ringan mengenai Klik Dengan Bijak dan seterusnya permainan Klik dengan Bijak Be Internet Awesome dan juga Kahoot. Tepat jam 1700, para peserta diagihkan dengan makanan dan minuman untuk dibawa balik ataupun berbuka puasa bersam di PI Bako. Tepat jam 1930 program selesai dengan jayanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali