Kursus Online Marketing/Asas Keusahawanan

17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Kursus Online Marketing/Asas Keusahawanan ini merupakan anjuran Pusat Khidmat N5 Demak Laut dengan kerjasama Pihak Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Kursus ini merupakan kesinambungan daripada Kursus pembuatan Kerepok lekor dan Kursus Bakeri yang diadakan di Kolej Komuniti Santubong. YB Dr. Hj Hazland Abg Hj Hipni turut hadir bagi upacara penyampaian sijil yang dilakukan selepas tamat program tersebut.

Kursus Online Marketing/Asas Keusahawanan telah dihadiri seramai 23 peserta yang terdiri daripada ranting PBB dari kawasan Sejingkat Hilir dan mereka telah diajarkan pelbagai teknik asas keusahawanan dan juga Online Marketing oleh Pelatih Pusat Internet dari Pusat Internet Taman Sepakat Jaya, Pusat Internet Kampung Telaga Air, dan juga Pusat Internet Pasir Pandak. Program yang bermula seawal jam 0800 telah berakhir pada pukul 1500 di bilik latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali