Program Back to School

6 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Januari 2019 bersamaan dengan hari sabtu, PI Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Program Back To School untuk ahli Pusat Internet Taman Sepakat Jaya untuk membantu golongan pelajar sekolah mempersiapkan diri didalam sesi persekolahan. Seramai 10 orang ahli PI Taman Sepakat Jaya yang telah mengikuti program tersebut yang berlangsung daripada pukul 0900 sehingga 1200. Program tersebut turut mendapat sambutan dari Ibubapa kerana mempunyai pengisian aktiviti yang baik bagi membantu anak-anak mereka menyiapkan keperluan untuk persekolahan.

Menerusi program tersebut, ahli-ahli Pusat Internet Taman Sepakat Jaya diajar cara untuk membuat jadual waktu persekolahan mereka dengan lebih menarik, kreatif dan kemas. Selain diajar membuat jadual waktu kelas, mereka turut diajar untuk membuat sticker nama untuk buku teks, buku latihan dan buku nota. Selain itu, para peserta didedahkan dengan penggunaan internet sebagai sumber pencarian maklumat yang cepat, selain menjadikan buku teks sebagai rujukan utama. Akhir program, para peserta diberikan taklimat motivasi supaya tidak letih untuk mencari ilmu. Bak kata Imam Syafiee, “jika kau tak sanggup menahan lelah karena belajar, kamu harus sanggup menahan derita karena kebodohan”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali