Program Kembali Ke Sekolah 2020 ‘Jom Gunting Rambut’

1 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Program Kembali Ke Sekolah ‘Jom Gunting Rambut’ yang diadakan selama dua hari iaitu pada tarikh 30 & 31 Disember 2019 telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelajar-pelajar yang bakal memulakan sesi persekolah pada 3hb Januari 2020. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meringankan beban ibubapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak dimana kos mengunting rambut pada masa kini sangat mahal berbanding dahulu. Selain itu, ia dapat menjimatkan kos pengangkutan ibubapa kerana program ini dijalankan di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya dan mereka tidak perlu pergi ke pasar untuk mengunting rambut.

Seramai 50 orang pelajar-pelajar berumur dari 5 tahun dan ke atas turut serta dalam program ini dan tiada bayaran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar ini. Pelbagai fesyen yang digayakan oleh pelajar-pelajar dan tukang gunting rambut yang dilantik memastikan setiap gaya adalah kemas dan menarik serta bersesuai dengan persekolahan. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada sesi persekolah untuk tahun-tahun yang akan datang dan mendapat sambutan yang lebih memberansangkan berbanding tahun ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali