Kelas Microsoft Word dan Internet

5 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Word dan Internet telah berlangsung pada 04 Februari 2019 iaitu pada hari Isnin dan seramai 10 orang pelajar dari SK Pajar Sejingkat dan juga turut disertai pelajar Sekolah menengah rendah. Kelas Microsoft Word dan Internet ini dijalankan bertujuan untuk membantu para pelajar memahirkan diri dalam penggunaan Microsoft Word. Selain itu, mereka juga turut didedahkan dengan pencarian maklumat di internet bagi memudahkan mereka mencari maklumat di Internet dan cara untuk memuat turun gambar dari internet.

Para peserta turut didedahkan dengan Klik dengan Bijak agar mereka tahu tatasusila semasa online. Kelas ini telah berlangsung di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 2 jam bermula dari pukul 2 petang sehingga 4 petang. Para peserta turut dibenarkan untuk menerokai internet dengan tujuan agar mereka boleh mengendalikan pencarian pelbagai maklumat di internet. Meluntur buluh biar dari rebungnya, begitulah juga mengajar peserta yang masih muda untuk mahir dalm penggunaan komputer.

Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat untuk semua dan dikongsikan bersama-sama yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali