Program Ihya Ramadhan
19 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Ihya Ramadhan telah berlangsung di Pusat Internet kampung Taee, Serian pada 18 Mei 2019 bersamaan hari sabtu dari pukul 0900 sehingga pukul 1700. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mendekati komuniti dengan kerja gotong royong untuk membuat Bubur lambuk. Namun, apa yang uniknya gotong-royong membuat bubur lambuk tersebut ialah kebanyakannya dibantu oleh komuniti bukan islam. Kampung Taee merupakan mjoriti komunitinya merupakan beragama bukan islam, namun merupakan sanggup datang menolong untuk menghasilkan bubur lambuk tersebut untuk diagihkan kepada surau-surau terdekat, pejabat kerajaan yang terdekat dan juga komuniti setempat.
Program yang bermula seawal pukul 0900 tersebut dimulakan dengan pemasangan khemah untuk tujuan gotong-royong membuat persiapan bubur lambuk seperti menyediakan tempat memasakdan juga tempat memotong. Selain membuat bubur lambuk dihadapan Pusat Internet Kampung Taee, lain pula ceritanya di dalam Pusat Internet, para peserta membuat kuih muih untuk diagihkan sekali dengan bubur lambuk kemudiannya. Turut serta di dalam program tersebut adalah peserta untuk Kumang Gawai sempena perayaan Gawai yang akan diadakan pada 1 dan 2 Jun nanti. Projek memasak bubur lambuk dimulai jam 1300 sehingga pukul 1500. Pengagihan pula dilakukan tepat pukul 1600 sehingga selesai program.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: