ICT Explorace dan Taklimat Mysalam dan Peka B40

2 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Program ICT Explore race dan Taklimat Mysalam dan Peka B40 merupakan program anjuran bersama pihak Great Eastern Insurance yang menguruskan Mysalam dengan Pihak Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Program tersebut telah diadakan di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya pada 01 Disember 2019 bermula dari pukul 0900 sehingga pukul 1330. Program tersebut mengetengahkan advokasi mengenai Mysalam yang telah dibuat oleh Kerajaan untuk golongan B40. Para pengunjung akan diberikan taklimat mengenai Mysalam dan mereka juga boleh membuat semakan kelayakan mysalam B40. Selain membuat semakan mysalam b40, para peserta juga turut diajar untuk membuat akaun mysalam di portal website mysalam. Pihak Great Eastern Insurance turut menyediakan aktiviti check mata secara percuma bagi mereka yang mempunyai masalah rabun mata.

Selain dari advokasi mengenai mysalam, pihak Pusat Internet turut menjemput Pihak Mary Kay untuk membuat kelas solekan secara percuma bagi pengunjung yang datang. Seramai 10 orang pengunjung yang turut mengikuti kelas solekan percuma yang diadakan oleh Pihak Mary Kay untuk pengunjung yang dating pada hari tersebut. Rata-rata pengunjung yang mengikuti kelas solekan percuma tersebut telah belajar mengenai cara urutan muka, cara membersih muka dengan betul, dan cara solekan nipis dan cara solekan untuk menghadiri majlis. Program ICT Explorace dan Taklimat Mysalam PEKA B40 telah berakhir pada pukul 1330.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali