Hari Bersama Komuniti dan Famili On Alert

29 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 September yang lalu, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya telah menjayakan Hari Bersama Komuniti dan Family On Alert 2019 yang bertempat di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya, Demak Laut. Program tersebut merupakan program pihak Pusat Internet Taman Sepakat Jaya dengan kerjasama pelbagai pihak iaitu AADK Sarawak, FAME, Balai Bomba, Saberkas Taman Sepakat Jaya, JKKK Taman Sepakat Jaya, Perpustakaan Desa Taman Sepakat Jaya dan juga Surau Taman Sepakat Jaya.

Pelbagai aktiviti dan pameran yang telah diadakan oleh pihak yang terlibat bagi menjayakan program hari Bersama Komuniti dan Family On Alert 2019 diantaranya, Taklimat AADK, Taklimat Family On Alert, Taklimat Bomba, Aktiviti Sukaneka Galah Panjang, Pameran AADK, Demonstrasi memadam api, penyampaian hadiah untuk pertandingan Poster Hari Malaysia, Mini Tournament Mobile Legend Taman Sepakat Jaya, dan Pertandingan E-Usahawan Digital. Selain itu, terdapat cabutan bertuah untuk para pengunjung.

Pada hari tersebut, Pusat Internet menawarkan pendaftaran keahlian secara percuma kepada penduduk sekitar yang berminat untuk menjadi ahli Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Pihak AADK juga turutmenyediakan borang keahlian untuk menjadi Sukarelawan Antidadah (SKUAD). Selain itu, para pengunjung yang hadir turut disediakan sarapan dan juga makanan tengahari bagi. Tepat jam 1300, tetamu jemputan iaitu Ketua Kaum Taman Sepakat Jaya datang bagi upacara perasmian penutupan program Hari Bersama Komuniti dan Family On Alert. Majlis bersurai tepat pukul 1400.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali