Kelas asas ICT murid Tabika KEMAS

13 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas asas ICT murid Tabika KEMAS telah diadakan pada 12 Jun 2019 bersamaan hari rabu. Kerjasama diantara Pihak PI dan Tabika KEMAS Taman Sepakat Jaya ditingkatkan lagi dengan Pihak PI diberikan 1 sesi untuk mengajar murid-murid tabika KEMAS. Pelatih PI telah mengajar asas-asas komputer terhadap murid-murid yang datang pada hari tersebut. Kompenan-kompenan utama komputer menjadi tumpuan utama untuk murid-murid yang baru sahaja menerokai komputer. Selain itu, mereka turut didedahkan dengan penggunaan paint untuk sesi menulis dan mewarna. Selepas itu, Pelatih PI menyediakan satu sesi untuk murid-murid tersebut bersantai dengan menerokai Youtube. Mereka disajikan dengan lagu-lagu kanak yang mereka selalu dengar dan mereka dibenarkan untuk menyanyikan lagu tersebut.

Kelas Asas ICT murid Tabika KEMAS ini diikuti seramai 36 orang peserta berserta 3 orang guru pengiring. Kelas tersebut bermula seawall jam 02.00-petang dan berakhir pada pukul 03.00 petang. Pihak PI dan Guru tabika KEMAS telah mendapat kata Sepakat untuk membenarkan diadakan kelas asas ICT untuk murid tabika KEMAS Taman Sepakat Jaya pada masa akan datang. Tepat jam 3.15 petang, para Guru Tabika KEMAS Taman Sepakat Jaya dan murid-murid beredar semula ke Tabika mereka yang hanya berada 30meter sahaja dari bangunan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali