Canva Class
8 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniKelas latihan Canva telah berlangsung pada minggu pertama bulan Januari 2018 bertarikh 6 Januari sehingga 7 Januari. Peserta dilatih membuat poster secara digital dengan menggunakan aplikasi Canva yang terdapat di website. Selain membuat poster digital, para peserta berkesempatan untuk mengetahui ilmu Klik Dengan Bijak sebelum bermulanya kelas latihan Canva.
Kelas telah berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 2 jam bermula pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang pada 6 dan 7 januari 2018 yang telah dihadiri seramai 17 org peserta bagi kedua-dua hari tersebut. Para peserta mempelajari teknik asas dalam membuat poster secara digital seperti cropping, layering, font, dan etc… Para peserta turut didedahkan dengan poster digital yang sedia ada sebagai rujukan untuk menghasilkan karya yang kreatif. Kelas tersebut telah tamat pada pukul 4.00 petang bertarikh 7 Januari 2018.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: