Kelas Ulangkaji Persediaan Menghadapi Peperiksaan

09 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Ulangkaji persediaan menghadapi Peperiksaan Sekolah telah berlangsung selama 4 hari iaitu pada 1 Ogos, 6 Ogos, 7 Ogos, dan 8 Ogos. Kelas tersebut diadakan bagi persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan sekolah yang akan diadakan pada bulan ini. Para pelajar yang datang ke Pusat Internet telah mendapat kelas tuisyen secara percuma untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan juga Bahasa English. Selain itu, para pelajar yang mengikuti Kelas Ulangkaji persediaan menghadapi peperiksaan tersebut turut diajar mencari maklumat menggunakan internet sebagai bahan rujukan yang lain selain buku teks sekolah.

Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 2 jam bermula dari pukul 2 petang sehingga 4 petang pada setiap sesi kelas tersebut. Para pelajar yang yang mengikuti kelas tersebut telah berjaya memahami setiap apa yang telah diajar. Setiap latihan yang diberikan kepada mereka, mereka dapat membuatnya dengan mudah dengan kefahaman terhadap soalan yang tinggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali