Bengkel Keusahawan Kerjasama Bersama MDEC

15 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Bengkel Keusahawan Kerjasama Bersama MDEC telah berlangsung pada 14 Julai 2018 iaitu pada hari Sabtu dan telah berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 6 jam bermula dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang. Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi latihan keusahawanan secara percuma kepada usahawan tempatan untuk didedahkan kepada ekonomi ataupun pemasaran secara digital.

Seramai 16 orang peserta termasuk dua orang pelatih daripada MDEC turut serta dalam Bengkel ini. Pelatih daripada MDEC telah mendedahkan dan mengajar beberapa skop kepada para peserta iaitu Facebook untuk perniagaan, pemasaran menggunakan Wassap.my, Search Engine Optimazation (SEO), Teknik Copy writing dan banyak lagi tentang pemasaran secara digital. Pelatih Pusat Internet juga membantu para peserta dalam memberi tips dan adab semasa mempromosikan sesuatu produk menggunakan atas talian seperti Facebook, Instagram dan lain-lain lagi.

Selain itu, para peserta juga dilatih cara untuk mengambil gambar produk yang betul dan kemas serta kreatif bagi membuat produk mereka menjadi lebih menarik dan dikenali lebih ramai lagi. Para peserta turut didedahkan dengan program Klik Dengan Bijak dan advokasi supaya tidak menyalahgunakan internet dan tahu cara pembelian alatan komunikasi secara yang betul. Diharapkan bengkel seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan usahawan-usahawan ke arah digital terutamanya golongan muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali