Bengkel Usahawan Bakeri Siri Pertama
19 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniProgram Bengkel Usahawan Bakeri Siri Pertama telah berlangsung pada minggu ketiga bulan Februari bertarikh 18 Februari 2018. Para peserta telah diajar mengenai ilmu membuat roti. Peserta telah diajar cara-cara membuat sebanyak 4 jenis roti. Semasa bengkel tersebut, peserta juga diberi tips membuat roti, resepi roti dan cara adunan yang betul. Segala bahan dan kelengkapan disediakan oleh tenaga pengajar.
Selain itu, para peserta berkesempatan untuk mengetahui ilmu Klik Dengan Bijak sebelum bermulanya sesi kelas. Bengkel tersebut telah berlangsung di Pusat Internet (PI) Kampung Taee dengan kerjasama PI Taman Sepakat Jaya, PI Sungai Bandung dan PI Kampung Melayu Tebakang. Bengkel berlangsung selama 6 jam bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.
Seramai 15 orang peserta mengikuti bengkel ini iaitu terdiri daripada golongan usahawan. Bengkel ini mendapat maklum balas yang positif daripada peserta kerana ilmu yang disampaikan amat berguna untuk mereka sebagai seorang usahawan. Selain itu, bengkel ini juga boleh meningkatkan taraf ekonomi peserta kerana dengan ilmu yang disampaikan, mereka boleh menggunakannya untuk berniaga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: