Kursus Usahawan Bakeri (Tart dan Biskut)
30 April 2018 | Aktiviti TerkiniKursus Usahawan Bkeri (Tart dan Biskut) telah berlangsung pada tarikh 29 April 2018 iaitu pada hari Ahad. Kursus tersebut adalah kesinambungan daripada Kursus Usahawan Bakeri yang telad diadakan sebelumnya pada tarikh 15 April 2018. Dengan kerjasama daripada Pihak Saberkas pada kali ini, Kursus tesebut turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dr Haji Hazland Bin Abang Hipni.
Kelas ini telah berlangsung di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 6 jam bermula dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang. Dengan jumlah peserta seramai 30 orang yang terdiri daripada golongan belia dan juga surirumah berusia 17 tahun sehinggalah 60 tahun. Para peserta telah diajar cara menghasilkan Tart Telur, Tart Cheese dan juga Biskut Pelangi. Kursus in bertujuan untuk memupuk pengetahuan para peserta di dalam bidang bakeri sekaligus boleh menjana pendapatan sampingan untuk para peserta. Sijil turut disediakan seperti Kursus Usahawan Bakeri yang sebelumnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: