Kursus Usahawan Bakeri
16 April 2018 | Aktiviti TerkiniKursus Usahawan Bkeri (Tart dan Biskut) telah berlangsung pada tarikh 15 April 2018 iaitu pada hari Ahad. Kursus Usahawan Bakeri adalah Kursus berperingkat yang diadakan dengan kerjasama daripada Pihak Tuty’s Bakery untuk penduduk sekitar Demak Laut, khususnya di Taman Sepakat Jaya.
Kelas ini telah berlangsung di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 6 jam bermula dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang. Dengan jumlah peserta seramai 15 orang yang terdiri daripada golongan belia dan juga surirumah berusia 17 tahun sehinggalah 60 tahun. Para peserta telah diajar cara menghasilkan Roti sosej, Roti berperisa keladi, cheese, dan juga coklat. Kursus in bertujuan untuk memupuk pengetahuan para peserta di dalam bidang bakeri sekaligus boleh menjana pendapatan sampingan untuk para peserta. Sijil turut disediakan untuk para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: