Kerja Kursus (Microsoft Word)
02 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniKerja Kursus (Microsoft Word) telah berlangsung pada O1 Julai 2018 iaitu pada hari Ahad. Kerja Kursus (Microsoft Word) merupakan kerja kursus yang perlu dibuat untuk memenuhi sukatan pelajaran kokurikulum sekolah pelajar SMK Demak. Pelajar yang datang ke Pusat Internet Taman Sepakat Jaya tersebut telah diajar cara menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan kerja tersebut berdasarkan garis panduan yang dikehendaki oleh Pihak Sekolah.
Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 1 jam bermula dari pukul 2 petang sehingga 3 petang. Pelajar tersebut telah berjaya menyiapkan sebahagian kerjanya setelah mendapat tunjuk ajar dari Pelatih Pusat Internet Taman Sepakat Jaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: