Kelas Asas ICT (Microsoft Word & Internet)

10 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT (Microsoft Word) telah berlangsung pada 09 Julai 2018 iaitu pada hari Isnin dan kelas ini dijalankan bertujuan untuk membantu seorang surirumah dan seorang pelajar tabika Kemas berumur 6 tahun dalam persiapan untuk pertandingan becerita yang bakal diadakan tidak lama lagi. Puan Ratu merupakan seorang surirumah dan tidak mempunyai kemahiran menggunakan Microsoft Word.

Di dalam kelas ini, beliau telah didedahkan kepada asas komputer seperti komponen asas komputer dan fungsinya. Beliau juga diajar cara untuk menggunakan tool yang ada di dalam Microsoft Word dan selepas itu, beliau dikehendaki untuk menaip teks berbentuk cerita menggunakan Micorsoft Word. Pelajar tabika kemas telah didedahkan kepada pembelajaran menggunakan Internet iaitu dengan mencari contoh pertandingan becerita dan mempelajari cara-cara menyampaikan sebuah cerita yang betul bagi mempersiapkan diri untuk pertandingan bercerita yang bakal diadakan.

Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 3 jam bermula dari pukul 2 petang sehingga 5 petang. Dengan adanya kelas ini, Puan Ratu dapat meningkatkan kemahiran ICT beliau dan pelajar tabika Kemas dapat meningkatkan keyakinan diri untuk pertandingan bercerita nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali