Kelas Asas ICT (Microsoft Word)

04 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT (Microsoft Word) telah berlangsung pada O3 Julai 2018 iaitu pada hari Selasa dan seramai 4 orang pelajar tahun 5 dari SK Pajar Sejingkat yang mengikuti kelas ini. Kelas Asas ICT (Microsoft Word) ini dijalankan bertujuan untuk membantu pelajar tahun 5 dari SK Pajar Sejingkat dalam menyiapkan tugasan sekolah yang merupakan kerja kursus yang perlu dibuat untuk memenuhi sukatan pelajaran kokurikulum sekolah.

Mereka telah diajar cara menggunakan Microsoft Word dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat untuk menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Selain itu juga, pelajar-pelajar tersebut juga didedahkan dengan program Klik Dengan Bijak supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan seperti Internet yang disediakan oleh pihak Pusat Internet Taman Sepakat Jaya.

Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 3 jam bermula dari pukul 2 petang sehingga 5 petang. Pelajar-pelajar tersebut telah berjaya menyiapkan kerja kursus mereka setelah mendapat tunjuk ajar dari Petugas Pusat Internet Taman Sepakat Jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali