Kelas Microsoft Powerpoint

10 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Powerpoint telah berlangsung pada tarikh 09 Jun 2018 iaitu pada hari sabtu. Kelas Microsoft Powerpoint) merupakan kelas pendedahan secara menyeluruh untuk Para Peserta tentang penggunaan Microsoft Powerpoint bagi tugasan pembentangan yang menarik. Para peserta diajar langkah demi langkah bagi memudahkan pemahaman mereka tentang ilmu Microsoft Powerpoint.

Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 2 jam bermula dari pukul 8 pagi sehingga 10 pagi. Dengan jumlah peserta seramai 8 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah SK Pajar Sejingkat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali