Kelas Asas ICT & Pemasaran (Microsoft Word & Internet)
14 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Asas ICT & Pemasaran (Microsoft Word & Internet) telah dijalankan pada tarikh 13 Februari 2018 iaitu pada hari Selasa. Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta dalam pencarian maklumat menggunakan Internet dari sumber yang tepat. Selain itu juga, para peserta didedahkan dengan kempen Advokasi dan Klik Dengan Bijak selepas selesainya kelas ini.
Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 2 jam bermula dari pukul 3 petang sehingga 5 petang. Peserta adalah pelajar IPTS berumur 20 tahun dan beliau telah didedahkan penggunaan Internet yang betul dan telah mempelajari teknik pemasaran yang bekesan bagi mata pelajaran Marketing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: