Kelas Asas ICT (Microsoft Word & Internet)

24 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT (Microsoft Word) telah berlangsung pada 23 Julai 2018 iaitu pada hari Isnin dan kelas ini dijalankan bertujuan untuk membantu pelajar tahun 5 dari SK Pajar Sejingkat dalam menyiapkan tugasan sekolah untuk memenuhi sukatan pelajaran kokurikulum sekolah. Beliau telah diajar cara menggunakan Microsoft Word dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan.

Selain itu juga, pelajar tersebut turut didedahkan dengan program Klik Dengan Bijak supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan seperti Internet yang disediakan oleh pihak Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 1 jam bermula dari pukul 4 petang sehingga 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali