Kelas Asas ICT (Internet)

11 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT (Internet) telah berlangsung pada 10 Julai 2018 iaitu pada hari Selasa dan seramai 2 orang pelajar tingkatan 3 dari SMK Bako yang mengikuti kelas ini. Kelas Asas ICT (Internet) ini dijalankan bertujuan untuk membantu pelajar tingkatan 3 dari SMK Bako dalam menyiapkan tugasan sekolah yang merupakan kerja kursus PT3 yang perlu dibuat untuk memenuhi sukatan pelajaran kokurikulum sekolah.

Mereka telah diajar cara menggunakan Microsoft Word dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat untuk menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Selain itu juga, pelajar-pelajar tersebut juga didedahkan dengan program Klik Dengan Bijak supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan seperti Internet yang disediakan oleh pihak Pusat Internet Taman Sepakat Jaya.

Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 3 jam bermula dari pukul 2 petang sehingga 5 petang. Pelajar-pelajar tersebut telah berjaya menyiapkan kerja kursus mereka setelah mendapat tunjuk ajar dari Petugas Pusat Internet Taman Sepakat Jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali