Kelas Asas ICT (FROG)

22 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Dua pelajar tahun 4 dari SK Pajar Sejingkat Demak Laut dan juga merupakan ahli Pusat Internet Taman Sepakat Jaya datang untuk membuat tugasan yang telah diberikan oleh cikgu menggunakan laman sesawang Frog. Dua pelajar tersebut telah dibantu oleh Petugas PI dengan menunjukkan cara menggunakan komputer dan juga cara untuk login ke laman sesawang tersebut.

Selain itu, mereka juga turut didedahkan dengan penggunaan Internet secara yang berhemah. Kelas ini telah berlangsung pada 21 Julai 2018 (Sabtu) di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 3 jam bermula dari pukul 10 pagi sehingga 1 petang. Dengan adanya tempat dan kemudahan internet, mereka dapat mengulangkaji dan berbincang bersama-sama bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali