Kelas Asas ICT (Account Menggunakan Microsoft Excel)
12 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Asas ICT (Account menggunakan Microsoft Excel) telah dijalankan pada tarikh 11 Februari 2018 iaitu pada hari Ahad. Kelas ini bertujuan untuk membantu para peserta dalam penggunaan perisian Microsoft Office Excel. Selain itu juga, para peserta didedahkan dengan kempen Advokasi dan Klik Dengan Bijak selepas selesainya kelas ini.
Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 3 jam bermula dari pukul 2 petang sehingga 5petang. Para peserta terdiri daripada 4 pelajar IPTS yang berumur 20 tahun dan mereka menggunakan Pusat Internet sebagai tempat untuk berbincang dan membuat tugasan mata pelajaran Prinsip Akaun dengan bantuan petugas PI (penggunaan Microsoft office Excel).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: