Kelas Asas ICT (Microsoft Excel)Kelas Asas ICT (Microsoft Excel)

24 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT (Microsoft Excel) telah berlangsung pada 23 Julai 2018 iaitu pada hari Isnin dan seramai 8 orang pelajar (tahun 5 hingga tingkatan 1) yang mengikuti kelas ini. Kelas Asas ICT (Microsoft Excel) ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada penggunaan dan fungsi Microsoft Excel.

Mereka telah diajar cara menggunakan tool yang terdapat pada Microsoft Excel dan dikehendaki membuat jadual senarai harga perkakasan komputer. Mereka juga mempelajari tentang formula untuk menambah jumlah keseluruhan harga barang-barang komputer yang disenaraikan. Selain itu juga, pelajar-pelajar tersebut juga didedahkan dengan program Klik Dengan Bijak supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan seperti Internet yang disediakan oleh pihak Pusat Internet Taman Sepakat Jaya.

Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 2 jam bermula dari pukul 2 petang sehingga 4 petang. Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini dapat meningkatkan kemahiran para pelajar menggunakan komputer dan Microsoft Office.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali