Kelas E-Learning

27 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT telah berlangsung pada tarikh 26 Jun 2018 iaitu pada hari Selasa. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta terhadap pembelajaran yang kreatif menggunakan teknologi (E-Learning) dan mempraktikkan mereka terhadap penggunaan Komputer. Selain itu juga, para peserta didedahkan dengan kempen Advokasi dan Klik Dengan Bijak sebelum bermulanya sesi kelas.

Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 2 jam bermula dari pukul 2 petang sehingga 4 petang. Dengan jumlah peserta seramai 10 orang yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 6 tahun sehinggalah pelajar Sekolah Rendah berumur 9 tahun. Para peserta telah diajar menggunakan Google Tool Browser untuk membolehkan mereka mencari maklumat yang dikehendaki dengan lebih tepat dan selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali