Kelas Asas ICT (E-Learning)

10 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT (E-Learning) telah berlangsung pada O9 Julai 2018 iaitu pada hari Isnin dan kelas ini dijalankan bertujuan untuk membantu pelajar Tingkatan 1 dari SMK Demak Baru dalam menyiapkan tugasan sekolah yang merupakan kerja kursus yang perlu dibuat untuk memenuhi sukatan pelajaran kokurikulum sekolah.

Pelajar tingkatan 1 tersebut telah didedahkan kepada pembelajaran menggunakan Internet iaitu dengan mencari tutorial di Youtube. Tugasan yang diberi oleh pihak sekolah adalah membuat 3D Kad dan pelajar tersebut datang ke Pusat Internet Taman Sepakat Jaya kerana kemudahan seperti komputer dan internet ada disediakan.

Selain itu, beliau juga telah diajar cara menggunakan Microsoft Word dan juga didedahkan dengan program Klik Dengan Bijak supaya beliau tidak menyalahgunakan kemudahan seperti Internet yang disediakan oleh pihak Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 3 jam bermula dari pukul 2 petang sehingga 5 petang. Pelajar tersebut telah berjaya menyiapkan tugasan tersebut setelah mendapat tunjuk ajar dari Petugas Pusat Internet Taman Sepakat Jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali