Kursus Kemahiran Jangka Pendek (PKK) Tahun 2018

07 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Kursus Kemahiran Jangka Pendek (PKK) Tahun 2018 telah berlangsung pada tarikh 06 Mei 2018 iaitu pada hari Ahad. Kursus Kemahiran Jangka Pendek (PKK) Tahun adalah Kursus kerjasama dengan Pihak KEMAS yang berfokuskan dengan kemahiran kraf tangan membuat Keychain. Kelas ini telah berlangsung di Tabika KEMAS Taman Sepakat Jaya selama 5 jam bermula dari pukul 9 pagi sehingga 2 petang.

Dengan jumlah peserta seramai 32 orang yang terdiri daripada golongan belia dan juga surirumah berusia 17 tahun sehinggalah 50 tahun. Para peserta telah diajar cara menghasilkan Keychain daripada barang yang boleh didapati di Kedai Alatan Tulis. Kursus in bertujuan untuk memupuk pengetahuan para peserta di dalam bidang Kraf tangan sekaligus boleh menjana pendapatan sampingan untuk para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali