Digital E-learning
18 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Digital E-Learning telah dijalankan pada tarikh 17 Mac 2018 pada hari Sabtu. Para peserta telah diajar mengenai asas ICT dan pembelajaran secara E-learning. Para peserta telah didedahkan dengan penggunaan setiap perkakasan komputer dan juga perisian yang berguna bagi membolehkan mereka melakukan kerja dengan mudah. Selain itu, para peserta berkesempatan untuk mengetahui ilmu Klik Dengan Bijak sebelum bermulanya sesi kelas.
Kelas tersebut telah berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 2 jam bermula dari pukul 2 petang sehingga pukul 4 petang. Peserta terdiri daripada kanak-kanak tabika dan pelajar sekolah rendah dan mereka telah diajar mata pelajaran Matematik untuk peserta sekolah rendah dengan menggunakan kaedah pembelajaran elektronik. Bagi kanak-kanak berumur 6 tahun dan masih bersekolah di tabika, mereka telah diajar sukatan mengenal Huruf ABC dan nombor secara elektronik. Daripada kelas ini, para peserta semakin mahir menggunakan komputer dan akan dipraktikkan setiap minggu untuk peningkatan secara beterusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: