Bengkel Resume

11 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Bengkel Resume telah berlangsung pada 10 Julai 2018 iaitu pada hari Selasa dan telah berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 2 jam bermula dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari. Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk membantu dan mendedahkan kepada seorang ahli Pusat Internet Taman Sepakat Jaya tentang cara membuat Resume yang betul.

Peserta telah diajar cara-cara membuat resume yang betul dan kemas bagi menyakinkan pihak majikan ataupun pihak penemuduga supaya tersenarai dalam calon untuk ditemuduga. Peserta juga diajar cara-cara untuk menjawab soalan-soalan yang sering ditanya semasa proses temuduga dan cara untuk mengiklan diri supaya dapat menarik minat pihak penemuduga terhadap kebolehan kita.

Selain itu, peserta juga didedahkan kepada laman web untuk mencari jawatan kosong samada swasta mahupun kerajaan seperti Jobstreet, Jobs Malaysia, SPA dan banyak lagi. Selain itu juga, peserta juga didedahkan dengan program Klik Dengan Bijak supaya tidak menyalahgunakan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali