Kelas Asas ICT & E-learning
22 April 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Asas ICT & E-learning telah berlangsung pada tarikh 21 April 2018 iaitu pada hari Sabtu. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta terhadap pembelajaran yang kreatif menggunakan teknologi (E-Learning) dan mempraktikkan mereka terhadap penggunaan Komputer. Selain itu juga, para peserta didedahkan dengan kempen Advokasi dan Klik Dengan Bijak sebelum bermulanya sesi kelas.
Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 2 jam bermula dari pukul 2 petang sehingga 4 petang. Dengan jumlah peserta seramai 7 orang yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 6 tahun sehinggalah pelajar Sekolah Rendah berumur 9 tahun. Para peserta telah diajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk peserta sekolah rendah dengan menggunakan kaedah pembelajaran E-learning. Bagi kanak-kanak berumur 6 tahun dan masih bersekolah di tabika, mereka telah diajar Nombor dengan menggunakan kaedah E-learning.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: