Kelas Bakeri PKK KEMAS 2018
22 September 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Bakeri PKK KEMAS 2018 telah berlangsung di PI Taman Sepakat Jaya pada 21 September 2018 bersamaan hari Jumaat. Kelas tersebut dibimbing oleh Cikgu Salmiah wakil dari pihak KEMAS bagi mengajar golongan ibu-ibu yang berminat untuk belajar membuat kek, roti, dan masakan yang lain bagi meningkatkan ilmu masakan yang membolehkan mereka menjadikannya sebagai pendapatan sampingan.
Kali ini, kelas Bakeri tersebut telah dihadiri seramai 11 orang dan menu untuk sesi tersebut adalah Pai Epal. Semua peserta diajar secara tutorial oleh Cikgu Salmiah bagi membolehkan semua peserta mempelajari teknik membuat Pai Epal. Kelas tersebut bermula pada pukul 0900 pagi dan tamat pada pukul 1200 tengah hari..
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: